Pada zaman awal, Tanah Melayu merupakan sebuah negara yang lemah namun
mempunyai sumber bahan-bahan mentah yang pelbagai. Ini meyebabkan negara-negara
lain mahu menjajah Tanah Melayu ini. Penjajahan ini lebih kurang 446 tahun.
Melaka adalah negeri pertama yang dijajah oleh Portugis pada tahun 1511. Penjajahan
ini diikuti oleh Belanda, Inggeris dan Jepun. Penjajahan telah meninggalkan
senibina Portugis, Belanda dan Inggeris. Semua senibina ini boleh didapati di
Malaysia dan masih dilindungi sehingga hari terkini. (Ahmad.G, 1994)

 

Hasil penyelidikan kepustakaan, antara bangunan kolonial yang masih
dilindungi dan dibaik pulih di Malaysia adalah Bangunan Sultan Abdul Samad,
Pejabat Pos Besar (GPO) dan Ibu Pejabat JKR (PWD) yang semuanya terletak di
kawasan Dataran Merdeka; bangunan Muzium Perak di Taiping, bangunan Sekretariat
(SUK) di Seremban; bangunan Stadthuys di Melaka, Muzium Sultan Abu Bakar di
Pekan dan Kubu Margherita di Kuching. Semua bangunan ini digunakan pada hari
ini untuk menarik pelancong-pelancong tempatan dan luar negara untuk melawat
negara Malaysia. (Negara, 2016)

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

Pemerhatian di buat di Bangunan Sultan Abdul Samad yang menonjolkan Seni
bina Moorish. Binaan ini banyak memberi kebaikan kepada ekonomi negara
termasuklah aspek pentadbiran, pembinaan dan pelancongan.  Penonjolan pengaruh seni bina Moorish adalah
sesuatu yang penting kerana ia boleh digunakan untuk mendidik masyarakat
Malaysia seperti pelajar-pelajar yang belum mengetahui seni ini di samping
menimba pengetahuan sejarah. Di samping itu ia juga dapat merapatkan hubungan
Malaysia dengan negara luar di mana pelancong-pelancong akan merasa kagum
dengan binaan tempatan yang menyerupai negara luar dan sudah pastinya mempunyai
perkaitan cerita sejarah yang tertentu. Ini merupakan pertembungan antara
tamadun yang berlaku secara positif. (Ahmad.G, 1994)

 

Ciri-ciri Moorish yang dapat dilihat pada beberapa binaan di Malaysia
selain Bangunan Sultan Abdul Samad adalah seperti Muzium Tamadun Islam
Terengganu, Bangunan ISTAC di Damansara serta Moroccon Pavilian di Putrajaya.
Kesemua seni bina ini mempunyai simbolik maksud yang menyampaikan nilai sejarah
dan hubungan antara tamadun Malaysia dengan tamadun luar. (Ahmad.G,
1994)

Author